Sabah for Sabahan merupakan naratif popular yang menjadi tulang kepada PRN Sabah 2020. Malah parti Warisan, sebuah parti kelahiran Sabah yang dikepalai bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Shapie Apdal yang juga merangkap Ketua Menteri Sabah ketika itu, juga kuat berkempen atas naratif 'puak kenegerian' tersebut. UMNO dan Bersatu dilihat sebagai 'parti' Malaya (Semenanjung Malaysia) berbanding dengan Warisan yang asal Sabah, jadi seeloknya dipilih oleh Orang Sabah. Menarik untuk kita lihat bahawa kekalahan Warisan dan kemenangan UMNO dan Bersatu yang bekerjasama membentuk kerajaan negeri Sabah pasca PRN Sabah 2020 sebagai referendum kepada sikap berpuak-puak kenegerian yang cuba dibawa ke tengah dan dinormalisasikan.
Hakikatnya sebagai salah sebuah negeri termiskin di Malaysia, Sabah yang terletak di seberang Laut China Selatan (berjiran dengan Sarawak) tidak membantu untuk membantutkan pandangan bahawa dua negeri di Borneo selama ini telah di 'short changed'. Anekdot seperti Malaya angkut kekayaan dua negeri ke Malaya sering kedengaran sekian lama. Malah terdapat juga sesetengah kumpulan seperti Doris Jones di Sabah yang dikehendaki polis Malaysia dan parti Parti Bumi Kenyalang di Sarawak yang secara terbuka bertanding atas naratif mahu membawa keluar Sarawak dari Malaysia atau 'Sarawak Merdeka' jika menang PRN Sarawak 2021 baru-baru ini.
Apa yang menarik dengan China yang semakin agresif di 'Laut Selatan' dengan berbuat bangunan dan sebagainya di kepulauan yang menjadi 'pertelagahan' beberapa negara rantau ASEAN dan kemungkinan Indo-Pasifik bergolak, kedudukan dan 'keberadaan' Sabah (dan Sarawak) dalam Malaysia menarik untuk diteliti. Boleh! kali ini membawa Dr Asri Salleh, Dekan Kanan Fakulti Perhubungan Antarabangsa, Universiti Teknologi MARA, Sabah bagi berkongsi pandangan beliau akan isu 'Sabah for Sabahan' Dalam Kerangka Geo-Politik Laut China Selatan yang dirakamkan pada 22hb November 2021.
2022 Rizal Hassn Hakcipta Terpelihara Rizal Plus Ventures 'Putting A Plus, All Ways'
Podchaser is the ultimate destination for podcast data, search, and discovery. Learn More